Friday, March 23, 2007

EMPAT JENIS KANSER UTAMA






Jangan meratapi nasib anda! Pencegahan awal boleh membantu. Hubungi badan-badan berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat:


(a) Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

(b) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

(c) Penyayang Pesakit Kanser






FAKTA

Gejala umum kanser


 Bengkak yang tidak normal.
 Muka dan kulit menjadi pucat tanpa sebab.
 Kerap lesu.
 Mudah mengalami lebam.
 Berasa sakit atau kadangkala tidak boleh berjalan.
 Demam berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.
 Sakit kepala.
 Kerap muntah.
 Pandangan tiba-tiba menjadi kabur.
 Berat badan menurun mendadak walaupun banyak makan.
 Berpeluh pada waktu malam.
 Kelenjar limfa bengkak (boleh dilihat dengan mata kasar).



Pengakuan pesakit

Mazlina Hashim, 33 tahun
Pegawai Penyelidik Pusat Tenaga Malaysia

“Sejak disahkan menghidap kanser limfoma (kanser berkaitan darah dan tisu penghasil darah) di leher, pada Jun tahun lalu, saya rasakan dunia gelap dan hanya membayangkan kematian menanti di depan.“Beberapa bulan saya memencilkan diri dengan berkurung dalam bilik kerana terlalu kecewa apabila disahkan menghidap kanser. Saya tidak mahu menjalani rawatan kerana mendengar pelbagai kesan akibat rawatan berkenaan.

“Semangat untuk terus hidup langsung tiada pada waktu itu kerana saya tahu penyakit ini belum ada penawar yang betul-betul dapat menyembuhkan keseluruhannya. Apa yang termampu hanya pasrah,” katanya.Selepas beberapa bulan, katanya, berkat sokongan keluarga, sahabat dan majikan saya memberanikan diri menjalani rawatan kerana kita harus berjuang sebelum mengaku kalah.Beliau berkata, kesan rawatan itu menyebabkan rasa rendah diri timbul kerana rambut gugur, badan kurus dan sering muntah-muntah tetapi apa yang membuatkan saya terharu tiada seorang pun sahabat dan keluarga menjauhkan diri.

“Saat-saat genting menjalani rawatan sudah berakhir. Sokongan keluarga yang tidak berbelah bagi menyebabkan saya sentiasa bersemangat meneruskan hidup tanpa memikirkan bahawa saya menghidap penyakit bahaya sebenarnya,” katanya.


















Thursday, March 22, 2007

PENCEGAHAN DAN PENGESANAN AWAL


Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah. Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).

Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:
(a) pemeriksaan payu dara sendiri dan penyaringan mammogram berkala
(b) pemeriksaan kerandut zakar sendiri untuk lelaki berusia 15 tahun
(c) pemeriksaan prostate +/- aras serum asid phosphatase
(d) ujian darah tahunan
(e) ujian darah najis okult

KANSER - CEGAH DARI RAWAT

Apabila menyebut “kanser”, pesakitnya pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan standard seperti kimoterapi atau radioterapi. Pada peringkat itu, kebanyakan pesakit pasrah dengan dugaan menimpa dirinya dan tidak kurang ada yang berputus asa terhadap kehidupan dilalui. Namun, tidak semestinya apa yang dijangka akan berlaku kerana pada akhirnya, Yang Maha Esa saja berkuasa menentukan ajal maut setiap individu.Pengurus Jabatan Onkologi Psikososial, Pusat Kanser Negara, Singapura, Gilbert Fan, berkata, tanggapan salah pesakit kanser terhadap kehidupan mereka menyebabkan hidup pesakit sering murung. Beliau berkata, masih ramai beranggapan kanser sama maknanya dengan kematian dan salah anggap ini menyebabkan sesetengah pesakit mudah terpengaruh dengan pemikiran negatif hingga menjadikan mereka tidak bersemangat meneruskan hidup.

“Sebenarnya, jika pesakit memandang penyakit ini dari sudut positif ia membantu pesakit melawan kanser dalam badan. Disebabkan itu, sokongan moral dari keluarga dan sahabat sangat membantu,” katanya .Beliau menyambung lagi, pesakit kanser yang dapat bertahan lama kebanyakan mendapat sokongan keluarga dan mengikut nasihat doktor selain tidak memikirkan bahawa mereka menghidap penyakit berkenaan.“Kita tidak mahu mereka memikirkan sangat yang mereka di ambang maut kerana kemerosotan semangat bakal memberikan kesan sangat besar pada tubuh pesakit.

“Selain perlu kekuatan, pesakit perlu mengikut aturan diet bersesuaian. Jangan anggap apabila menghidap kanser boleh makan apa saja, sebaliknya perlu mengikut jenis dan kuantiti bersesuaian dengan tubuh,” katanya.Beliau berkata, pesakit tidak perlu malu dan jangan sesekali menghadkan pergaulan hanya kerana mereka mempunyai penyakit. Apa pun penyakit, ia bukan pengakhiran kepada hidup anda dan berjuanglah selagi termampu, paling penting sentiasa memandang positif segala perkara.