Jangan meratapi nasib anda! Pencegahan awal boleh membantu. Hubungi badan-badan berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat:
(a) Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
(b) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
(c) Penyayang Pesakit Kanser
FAKTA
Gejala umum kanser
Bengkak yang tidak normal.
Muka dan kulit menjadi pucat tanpa sebab.
Kerap lesu.
Mudah mengalami lebam.
Berasa sakit atau kadangkala tidak boleh berjalan.
Demam berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.
Sakit kepala.
Kerap muntah.
Pandangan tiba-tiba menjadi kabur.
Berat badan menurun mendadak walaupun banyak makan.
Berpeluh pada waktu malam.
Kelenjar limfa bengkak (boleh dilihat dengan mata kasar).
Pengakuan pesakit
Mazlina Hashim, 33 tahun
Pegawai Penyelidik Pusat Tenaga Malaysia
“Sejak disahkan menghidap kanser limfoma (kanser berkaitan darah dan tisu penghasil darah) di leher, pada Jun tahun lalu, saya rasakan dunia gelap dan hanya membayangkan kematian menanti di depan.“Beberapa bulan saya memencilkan diri dengan berkurung dalam bilik kerana terlalu kecewa apabila disahkan menghidap kanser. Saya tidak mahu menjalani rawatan kerana mendengar pelbagai kesan akibat rawatan berkenaan.
“Semangat untuk terus hidup langsung tiada pada waktu itu kerana saya tahu penyakit ini belum ada penawar yang betul-betul dapat menyembuhkan keseluruhannya. Apa yang termampu hanya pasrah,” katanya.Selepas beberapa bulan, katanya, berkat sokongan keluarga, sahabat dan majikan saya memberanikan diri menjalani rawatan kerana kita harus berjuang sebelum mengaku kalah.Beliau berkata, kesan rawatan itu menyebabkan rasa rendah diri timbul kerana rambut gugur, badan kurus dan sering muntah-muntah tetapi apa yang membuatkan saya terharu tiada seorang pun sahabat dan keluarga menjauhkan diri.
“Saat-saat genting menjalani rawatan sudah berakhir. Sokongan keluarga yang tidak berbelah bagi menyebabkan saya sentiasa bersemangat meneruskan hidup tanpa memikirkan bahawa saya menghidap penyakit bahaya sebenarnya,” katanya.