Friday, March 23, 2007

EMPAT JENIS KANSER UTAMA






Jangan meratapi nasib anda! Pencegahan awal boleh membantu. Hubungi badan-badan berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat:


(a) Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

(b) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

(c) Penyayang Pesakit Kanser






FAKTA

Gejala umum kanser


 Bengkak yang tidak normal.
 Muka dan kulit menjadi pucat tanpa sebab.
 Kerap lesu.
 Mudah mengalami lebam.
 Berasa sakit atau kadangkala tidak boleh berjalan.
 Demam berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.
 Sakit kepala.
 Kerap muntah.
 Pandangan tiba-tiba menjadi kabur.
 Berat badan menurun mendadak walaupun banyak makan.
 Berpeluh pada waktu malam.
 Kelenjar limfa bengkak (boleh dilihat dengan mata kasar).



Pengakuan pesakit

Mazlina Hashim, 33 tahun
Pegawai Penyelidik Pusat Tenaga Malaysia

“Sejak disahkan menghidap kanser limfoma (kanser berkaitan darah dan tisu penghasil darah) di leher, pada Jun tahun lalu, saya rasakan dunia gelap dan hanya membayangkan kematian menanti di depan.“Beberapa bulan saya memencilkan diri dengan berkurung dalam bilik kerana terlalu kecewa apabila disahkan menghidap kanser. Saya tidak mahu menjalani rawatan kerana mendengar pelbagai kesan akibat rawatan berkenaan.

“Semangat untuk terus hidup langsung tiada pada waktu itu kerana saya tahu penyakit ini belum ada penawar yang betul-betul dapat menyembuhkan keseluruhannya. Apa yang termampu hanya pasrah,” katanya.Selepas beberapa bulan, katanya, berkat sokongan keluarga, sahabat dan majikan saya memberanikan diri menjalani rawatan kerana kita harus berjuang sebelum mengaku kalah.Beliau berkata, kesan rawatan itu menyebabkan rasa rendah diri timbul kerana rambut gugur, badan kurus dan sering muntah-muntah tetapi apa yang membuatkan saya terharu tiada seorang pun sahabat dan keluarga menjauhkan diri.

“Saat-saat genting menjalani rawatan sudah berakhir. Sokongan keluarga yang tidak berbelah bagi menyebabkan saya sentiasa bersemangat meneruskan hidup tanpa memikirkan bahawa saya menghidap penyakit bahaya sebenarnya,” katanya.


















2 comments:

bib said...

tahniah, cikgu berjaya melakukannya

AdzHar said...

Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang
mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir
mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan
sel sihat, yang merupakan sebab kesan sampingan yang buruk dari rawatan ini. Antara rawatan nya ialah : -
Pembedahan , Chemotherapy ,Terapi radiasi , Immunoterapi , Terapi cytoluminescent (CLT) .


KOS RAWATAN KANSER / BARAH / TUMOR

Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali
radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan
radioterapi). Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali cuma
RM5,000 hingga RM6,000.Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika
inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

ADAKAH SEL-SEL KANSER AKAN MATI / MUSNAH SELEPAS RAWATAN RADIOTERAPI SEBANYAK 25x ?
APAKAH KESAN SAMPINGAN(KEMUSNAHAN SEL SIHAT) YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PESAKIT ?

Sesungguhnya segala penyembuhan dari ALLAH s.w.t , Walaupun menurut kajian rawatan radioterapi
adalah terbaik bagi pengamal perawatan moden , kami disini juga berusaha dengan ilmu dan akal yang
diberi oleh Allah s.w.t untuk berkongsi keadah penyembuhan optima tanpa sebarang kimia / bahan asing /
pembedahan organ yang boleh menjejaskan sistem - sistem badan semulajadi dan iringan doa/wirid
kepada Maha Pencipta Segala Penyakit(Musibah) dan Maha Memberi Penyembuhan ..
insya ALLAH ( dengan izinNya )......... amin.

Adzhar Shaharin / Pak Syeikh Ramli
013 3622787 / 012 2427087
http://adzhar2p2.vox.com/

Sila sebarkan risalah ini.. mungkin ada insan yang memerlukan...
Mudah-mudah anda mendapat keberuntungan dari Yang Maha Esa.